Sunday, September 12, 2010

luahan syawal ku..

*this time, I want to write my blog in malay*

Hari ini adalah hari ke tiga syawal dan bagi aku, sambutan syawal kali ni agak berbeza kerana ketiadaan keluarga untuk turut beraya bersama. Juga, aku tidak merasakan sangat suasana raya di sini.. tapi, x pa, pasal aku dah biasa dengan keadaan begini..

apa yang ingin ku luahkan bukanlah pasal sambutan aidil fitri tetapi adalah luahan setelah membaca majalah yang baru aku kenali iaitu, Majalah Solusi. Aku masih lagi dalam proses membacanya tetapi kini aku boleh katakan yang aku telah membaca kira kira dua per tiga daripada majalah. apa yang aku boleh simpulkan.. aku terkilan sebentar..

ya ALLAH, betapa daifnya aku.. betapa hinanya diri aku.. betapa kerdilnya diri aku.. selama ini, sudah bebeapa ketika, baru aku sedari.. dada ini di isi dengan ilmu2 duniawi untuk aku mencapai kenikmatan hidup tetapi jarang sekali dada ini di isi dengan ilmu keagamaan.. sesungguhnya bekalan yang akan di bawa kelak bersama mati adalah ilmu keagamaan dan bukannya ilmu duniawi..

terima kasih solusi kerana sempat lagi meyedarkan aku mengenai ilmu2 ini. Pertama sekali, aku ingin membicarkan satu artikel yang bertajuk "Ku ingin jadi bidadarimu.." hasil nukilan Noraslina. Artikel ini buat aku terpaku sebentar memikirkannya. Artikel ini adalah mengenai ganjaran Allah kepada lelaki yang beriman. Sesungguhnya di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka ( para penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula jin. sungguh yakinlah akan kebenaran ALLAH akan membalas segala perbuatan amal baik di dunia. wahai wanita yang solehah, yakinlah dengan janji-NYA bahawa, seorang isteri yang solehah kepada seorang suami, akan kekal menjadi ratunya di syurga di samping bidadari.

Artikel ini membuat aku terpikir seketika. Sungguh, aku berdoa agar aku menemukan seorang isteri yang solehah.. inilah cinta yang dibawa ke syurga.. wallahuallam. Sesungguhnya, siri ini masih lagi terasa hina dan kerdil, tetapi sungguh aku dalam proses untuk memantapkan imanku. aku tahu, aku masih lagi lemah dalam bab-bab agama tetapi aku sedia untuk merubah, sesungguhnya aku ingin bertemu wanita yang solehah. agar aku bisa memimpinnya sekiranya dia terlalai dan dia pula boleh mengingatkan apabila aku pula yang alpa. semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita semua, manusia yang kini hidup pada akhir zaman..

aku bukanlah sesorang yang sesuai untuk membincangkan ilmu-ilmu keagamaan di sini kerana masih, aku lemah dalam bab2 ni dan bukannya aku ingin berlagak alim tetapi, hanya untuk sekadar dikongsi bersama rakan-rakan. sekiranya ada lagi artikel yang menarik, akan ku kongsi bersama kalian. sekian.

No comments: