"sampaikan daripadaku walau sepotong ayat"
cebisan kata ini yang membuat ku ingin berkongsi apa yang ku baca terutamanya yang berkaitan dengan majalah solusi ini.
berbalik kita kepada tajuk topik kita, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai artikel yang bertajuk "Kiriman Doa buat Arwah" yang ditulis oleh Mohd Al-Adib Samuri. Sebelum tu, aku ingin memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t. kerana sehingga kini, aku masih lagi diberi peluang untuk bersua bersama ibu bapa. Syukur pada mu ya ALLAH. Bagi mereka yang telah merasai kehilangan itu, titipkan doa bagi mereka.
Sebelum itu, aku ingin menambah sesuatu berkaitan dengan ibubapa. Ibubapa adalah orang yang paling mulia darjatnya dan hal ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran yang,
"dan hendaklah kamu beribadat kepada ALLAH dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa."
ketahuilah saudara sekalian bahwa, kedudukan ibu bapa amat tinggi dan mulia selepas ALLAH dan Rasul. Sebenarnya banyak lagi potongan ayat yang menyatakan kemuliaan tentang ibubapa di dalam Al-Quran.
Apa yang ingin aku kongsi di sini adalah mengenai kiriman doa buat arwah. sebelum itu, kita sedia maklum yang apabila mati, kita akan membawa tiga bekalan iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna dan doa anak yang soleh. Di sini, dinyatakan bahawa doa anak yang soleh merupakan salah satu bekalan yang terpenting dan dapat membantu ibu bapa kita untuk menghadap ALLAH.
Aku terpaku sebentar dan memuji ALLAH apabila membaca riwayat Ibn Majah no 3660 yang mana mengatakan,
"Sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya di syurga. maka dia bertanya:'bagaimana aku bisa berada di sini?' maka dijawab:'dengan doa permohonan keampunan oleh anakmu untuk dirimu."
Betapa jelasnya di sini yang doa anak yang soleh terhadap ibubapa mereka yang telah meninggal sebenarnya dapat membantu ibubapa kita untuk menghadap ALLAH yang maha kuasa.
Tetapi, bagi sesiapa yang masih lagi mempunyai ibubapa di dunia, kita juga haruslah mendoakan mereka sentiasa. setiap kali dalam solat, setiap kali teringat mereka, seharusnya doalah yang dikirimkan. doakan mereka agar istiqamah mentaati ALLAH di hujung usia, teguh di atas jalan iman, menemui Penciptanya dengan kesudahan yang baik, dimurahkan rezeki mereka dan diganjari mereka dengan redha ALLAh dan pahala-Nya.
p/s: maafkan atas bahasa ku kerana ini adalah kali kedua aku menulis blog ini dalam bahasa melayu dan sebenarnya aku ingin menggunakan bahasa melayu yang formal, tetapi aku menuju ke arah itu. lagi satu, aku tiada pengalaman tetapi ingin juga aku kongsikan apa yang aku tahu. sekian. semoga ALLAh merahmati kita semua..
No comments:
Post a Comment