Thursday, September 19, 2013

kemahuan dan tanggungjawab

aku ingin berbicara mengenai kemahuan. juga mengenai tanggungjawab. dilema dalam hati, yang semakin hampir dan keputusan harus dibuat. aku tidak ingin mengecewakan sesiapa, lagi lagi mereka yang dekat denganku.

kemahuanku. aku cuma mahu satu. terbiar untuk memilih apa yang aku pilih. untuk hidupku. untuk masa depanku. sampai bila hidup dalam keterpaksaan untuk membuat sesuatu. bila hati sudah tidak seikhlas selalu. bila hati terpaksa melakukannya atas dasar tidak suka. bila hati sudah tidak mampu menahan. sejurus keputusan yang dibuat berasa serba salah. selalu mendengar hidup berbicara. selalu disajikan dengan kata kata semangat. hanya untuk hidup.

tanggungjawabku. semua mempunyai tanggungjawab. lagi lagi buat si anak sulung. lagi lagi buat si anak lelaki. berbudi kepada mereka. hakikatnya semua orang kena. mereka meletakkan harapan yang tinggi buatmu. bukan sekadar untuk melihat kau berjaya. tetapi untuk kau mencapai semua yang kau ingin. tetapi jauh di dasar hati aku - semuanya agak mustahil. agak mustahil untuk mencapai kedua duanya. bila aku memilih kemahuan, tanggungjawab jatuh ke belakang.

tapi hakikatnya, hidupku bukanlah tanggungjawab semata mata. demi aku untuk mencapai kebebasan diri. kebebasan untuk membuat keputusan demi masa depan. kebebasan untuk menikmati hidup. bagaimana? dengan melakukan sesuatu yang aku suka. hidup ini hanya sekali. jangan kerana kemahuaanmu, tanggungjawab dilupakan sekali. tidakkah kau lupa dari tangan siapa yang menyuapmu sewaktu kecil? siapa yang memujukmu tatkala kau terjatuh dari basikal? ataupun yang sentiasa mendodoimu dengan lagu lagu irama merdu sebelum tidur? kau lupakah semua itu?

tapi bila berkata soal hati. kau simpan semua itu seketika. tolak ke tepi. memikirkan mengenai mengerjakan sesuatu yang kau benar benar suka? perasaan puas dan klimaks itu yang dikecapi. hakikatnya kau boleh. apa mereka masih bisa menunggu untuk satu ketika waktu lagi? apa mereka mempunyai masa yang panjang? itu yang kau kena pikir. masa itu semakin suntuk untuk semuanya. apa kau yakin mereka masih di sana dan bisa lagi menunggu. menunggu kau datang.

jadi, apa yang ko pilih? kemahuan? tanggungjawab? memilih untuk melakukan yang kau suka? yang bisa membahagiakanmu? memilih untuk membalas budi? memilih untuk membahagiakan mereka? keputusan harus dibuat. detik masa semakin laju, pantas. sekali kau buat keputusan, tidak ada peluang lagi untuk kau menoleh ke belakang. yang sudah berlalu, semakin laju ditelan arus. kau harus pikir yang mana terbaik untukmu. sebab kau dan aku sama, hidup untuk membuat keputusan. tetapi sejauh mana keputusanmu dipengaruhi kemahuan? atau tanggungjawab? kau sendiri pilih. :)

No comments: